INGATLAH MATI, KERANA IANYA BOLEH MENINGKATKAN IMAN SESEORANG
Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : ``Wahai Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para syuhada?''
Jawab baginda Ya,
iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari semalam.
Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat, penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan ketawa dan memperbanyakkan tangisan.
Secara normalnya, mati itu datang dengan terlebih dahulu diberi tanda-tanda sebagai peringatan, seperti sakit atau tua. Apabila usia melewati umur 45 tahun, alamat demi alamat dikirimkan untuk menyedarkan seseorang akan penamat usianya.
Tanda-tanda awal hampirnya kematian ialah mata mulai kabur, rambut mulai putih, giginya telah gugur, tenaga menjadi semakin lemah dan sebagainya.
Umur umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah sekitar 60 tahun merujuk kepada umur Baginda sendiri. Rasulullah telah menyatakan di dalam sabdanya yang bermaksud : Allah menangguhkan akhir ajal seseorang hingga sampai 60 tahun.